Terma Dan Syarat

Pembayaran

Harga yang ditunjukkan / diberikan adalah  tetap. 
Bayaran pendahuluan (Deposit) sebanyak 70% perlu dibuat terlebih dahulu sebelum kerja-kerja rekabentuk dijalankan dan baki 30% perlu dibuat sebelum menerima produk akhir. Bukti pembayaran haruslah diberikan kepada kami terlebih dahulu dengan menghantar melalui aplikasi whatsapp di 014 622 8586 atau emel borneobayu86@gmail.com.

Perubahan Desain

Sebarang perubahan  dalam mana-mana bahagian desain adalah tanggungjawab pelanggan sepenuhnya. Yang mana, desain itu telah melebihi limit pengubahsuaian, atau desain akhir telah dipersetujui, atau desain akhir telah dihantar ke emel pelanggan. Pelanggan perlu membuat pembayaran tambahan ke atas desain tersebut.

Hakcipta

Pelanggan juga bersetuju, bahawa pihak Borneo Bayu tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa tuntutan daripada dari mana-mana pihak / pihak  ketiga, ke atas produk akhir selepas ianya diterbitkan.

Pembatalan Tempahan

Bayaran deposit 70% tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan membuat pembatalan pada saat akhir, sebelum atau selepas kerja desain diselesaikan. Dan pihak borneo bayu juga berhak untuk membatalkan tempahan pelanggan atas alasan tertentu. Namun begitu, bayaran yang telah diterima daripada pelanggan akan dipulangkan sepenuhnya.

Kesalahan pada desain / ejaan

Pelanggan perlu membuat pemeriksaan dengan lebih teliti ke atas draf desain yang diberikan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas kesilapan dalam ejaan mahupun desain apabila produk akhir telah diemelkan kepada pelanggan. Sebarang kos pembetulan pada ejaan mahupun desain perlu ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

Jangkamasa

Dalam kerja desain, kami memerlukan masa yang cukup untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Pelanggan perlu memastikan tarikh penggunaan produk tidak terlalu singkat. Kami akan mengenakan caj tambahan sekiranya tempahan ‘urgent’.

Karya Desain

Kami berhak untuk memaparkan segala hasil karya desain kami didalam portfolio, bagi tujuan promosi perkhidmatan kami kepada bakal pelanggan kami yang lain. Melainkan pelanggan meminta untuk tidak memaparkan karya desain tersebut atas alasan-alasan yang kukuh.

Sumber Fail

Desain yang telah siap akan diberikan melalui emel, dalam bentuk softcopy mengikut perisian asal beserta dengan hardcopy desain.
Softcopy : Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Corel Draw.
Hardcopy : pdf, jpeg, png

Semua fail yang telah diberikan kepada pelanggan terutama sekali softcopy file adalah tanggungjawab pelanggan. Kami berhak untuk mengenakan caj tambahan sekiranya pelanggan membuat permohonan untuk mendapatkan fail baru tersebut daripada kami.

Terma dan syarat diatas akan sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan tanpa sebarang pemberitahuan atau notis kepada pelanggan kami. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi kami di 014 622 8586

error: Content is protected !!